Program Perundingan Kesedaran Zakat Padi di Negeri Kedah

التفاصيل البيبلوغرافية
العنوان: Program Perundingan Kesedaran Zakat Padi di Negeri Kedah
المؤلفون: Abdul Aziz, Saliza, Bidin, Zainol, Derashid, Chek, Abdul Jabbar, Hijattulah
بيانات النشر: UUM
سنة النشر: 2021
المجموعة: Universiti Utara Malaysia: UUM IRepository
مصطلحات موضوعية: HB Economic Theory
الوصف: Pengertian zakat adalah penyucian harta benda di mana kadar tertentu dikeluarkan daripada harta yang tertentu mengikut pengiraan yang telah ditetapkan oleh hukum Syarak. Kadar yang dikeluarkan akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan mengikut definisi asnaf yang telah ditetapkan. Pengurusan zakat padi seperti yang telah dipersetujui diletakkan di bawah Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) secara khususnya bagi negeri Kedah dan setiap negeri mempunyai pusat tanggungjawab yang telah diputuskan. Projek perundingan Zakat Padi di negeri Kedah yang dijalankan adalah berdasarkan lima objektif utama iaitu: (i) mengetahui punca sebenar kenapa pembayar zakat padi tidak membayar menerusi saluran rasmi (LZNK); (ii) mengenalpasti faktor-faktor kenapa pembayar zakat padi membayar menerusi saluran rasmi (LZNK); (iii) mengetahui tahap kesedaran pembayar zakat padi membayar melalui saluran rasmi; (iv) mengenalpasti cabaran LZNK dalam menangani kutipan zakat padi yang rendah; dan (v) mencadangkan strategi-strategi untuk meningkatkan kesedaran membayar zakat padi di kalangan penanam padi atau pemilik padi menerusi saluran rasmi. Sehubungan itu, sampel kajian adalah individu yang terdiri daripada pesawah atau pemilik sawah di negeri Kedah yang dipilih secara rawak dari beberapa kawasan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sekitar daerah Kubang Pasu, Pendang, Padang Terap dan Pokok Sena. Kutipan data yang digunapakai adalah secara temuramah berdasarkan soalan-soalan berstruktur dan juga terbuka kepada pendapat, pengalaman dan pandangan pesawah atau pemilik sawah berkaitan kewajipan pembayaran zakat padi ke saluran rasmi atau tidak rasmi. Di samping itu, terdapat juga kaedah pengedaran soal selidik di kalangan pesawah yang mengunjungi PPK. Seramai 163 pesawah telah memberi kerjasama sebagai responden bagi projek perundingan ini. Keseluruhan dapatan menunjukkan 49.7 peratus pesawah memilih saluran tidak rasmi dalam melaksanakan tanggungjawab membayar zakat padi. Seramai 41.7 peratus membayar zakat padi menerusi saluran rasmi dan ...
نوع الوثيقة: book
وصف الملف: application/pdf
اللغة: English
Relation: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31525/1/14538.pdf; Abdul Aziz, Saliza and Bidin, Zainol and Derashid, Chek and Abdul Jabbar, Hijattulah (2021) Program Perundingan Kesedaran Zakat Padi di Negeri Kedah. Technical Report. UUM. (Submitted)
الاتاحة: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31525/
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31525/1/14538.pdf
رقم الانضمام: edsbas.E13E2F69
قاعدة البيانات: BASE